News & Articles Kuantan- Berbaloi atau Tidak Membeli Hartanah Di Sini

Kuantan- Berbaloi atau Tidak Membeli Hartanah Di Sini


2 Jul 2019
Kuantan- Berbaloi atau Tidak Membeli Hartanah Di Sini
Mendapatkan hartanah yang berbaloi dan lokasi yang strategik merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap pembeli rumah.

Kuantan adalah antara bandar yang sedang pesat membangun, dengan pelbagai kemudahan infrastruktur. Ingin tahu apa kemudahan yang terdapat di bandar ini, dan bagaimana kemudahan ini memberi impak kepada pemilik hartanah di sini? Teruskan membaca!


East Coast Mall Kuantan. Sumber Gambar: Capitaland

#1. Berdekatan dengan pusat membeli-belah dan pusat perniagaan

Bandar Kuantan menawarkan pelbagai pilihan pusat membeli-belah ternama yang menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barang keperluan disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga di hujung minggu. Antaranya ialah:

● Kuantan Parade @ The Store
● East Coast Mall @ ÆON BiG & Parkson
● Berjaya Megamall @ Giant & Parkson
● KiP Mart Kuantan
● Mydin Emporium Kuantan
● Giant Hypermarket
● Tunas Manja Hypermarket
● Kuantan City Mall

Hartanah yang berdekatan dengan pusat membeli-belah dan pusat perniagaan akan mempunyai nilai hartanah yang tinggi. Disebabkan kawasan ini akan menjadi tumpuan orang ramai, permintaan tinggi terhadap hartanah yang berdekatan akan wujud dari pelbagai peluang pekerjaan dan peluang perniagaan.


Universiti Malaysia Pahang . Sumber Gambar:studymalaysiainfo

#2. Kemudahan pusat pengajian dan pendidikan

Bandar Kuantan juga menawarkan pelbagai pilihan pusat pengajian tinggi kepada pelajar dari seluruh Malaysia.
Antara senarai pusat pengajian yang terdapat di kawasan ini adalah:

● International Islamic University Malaysia (IIUM)
● Tunku Abdul Rahman University College
● Open University Malaysia (OUM)
● Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS)
● Widad University College
● Kolej Yayasan Pahang
● Kolej Poly-Tech MARA
● Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)

Pusat pengajian dan pendidikan juga dilihat antara booster hartanah yang popular kerana permintaan yang tinggi untuk hartanah dari pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian ini. Dengan menyediakan sewa yang berpatutan dan mampu milik kepada pelajar ini, anda pasti tidak menang tangan dengan permintaan dari penyewa pelajar ini!

Selain itu, pemilik hartanah bagi kediaman sendiri di sini juga mampu menjimatkan kos bagi pendidikan dengan adanya pelbagai pusat pengajian tinggi yang berdekatan.

#3. Tempat perlancongan dan rekreasi untuk bersantai

Terasa terlalu sibuk dengan kepesatan bandar? anda boleh merehatkan minda anda dengan berkunjung ke tempat perlancongan dan rekreasi di bandar Kuantan ini. Antara tempat yang anda boleh kunjungi ialah:

● Pantai Teluk Chempedak
Pantai ini sangat popular dalam kalangan penduduk setempat kerana lokasinya yang sangat dekat dengan pusat bandar. Kebanyakan pengunjung meluangkan masa bersantai bersama keluarga dan menikmati keindahan suasana pantai. Suasana malam juga padat dengan pelbagai aktivit seperti persembahan dari seniman jalanan dan jualan oleh peniaga-peniaga kecil.

● Gambang Resort City
Jika anda inginkan lebih aktiviti keluarga, Gambang Resort City sebagai pilihan utama anda. Dengan tiga tarikan utama iaitu Taman Tema Air, Taman Safari dan Akademi Aktiviti Luar anda mempunyai pelbagai pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga anda.

Bagaimana dengan harga pasaran hartanah di kawasan ini?

Berdasarkan data yang diperoleh dari pasaran hartanah subsale dalam tahun 2018-2019, harga median bagi rumah teres di Kuantan adalah RM 210,000.

Sekiranya anda merasakan jumlah ini terlalu besar, dan mahu menjimatkan lebih wang dengan membeli harga di bawah pasaran, anda mampu mendapatkannya dengan membeli hartanah dari pasaran lelong! Sebagai contoh, harga lelongan bagi rumah teres di Kuantan di laman web Ng Chan Mau & Co bermula hanya dari RM 80,000!

Untuk mendapatkan hartanah lelongan dibawah harga pasaran, sila kunjungi laman web Ng Chan Mau & Co dan LelongTips.com, mulakan langkah pertama anda untuk memiliki hartanah idaman dengan segera!

(Data as Jun 2019)

Source: Lelongtips.com

Latest Posts
  • 70 pct of property development in Forest City sold: EXCO

  • Matrix Concepts lancar fasa kedua Resort Villa

  • 森林城市房产破冰 已售70%

  • ASTAKA obtains lower threshold

  • Iconic Harmony rumah mampu milik bermula RM280,000