News & Articles Rumah Landed VS Rumah Bertingkat

Rumah Landed VS Rumah Bertingkat


13 Dec 2019
Rumah Landed VS Rumah Bertingkat
Jika anda masih lagi ragu-ragu dalam pemilihan jenis rumah anda sama ada rumah landed (bertanah) ataupun rumah bertingkat, dalam artikel ini kami senaraikan kepada anda kelebihan memiliki kedua-dua jenis rumah ini agar anda dapat membuat keputusan.



Bagi pemilik yang mementingkan ruang privasi, rumah landed yang dibina berasingan,akan memberikan privasi anda lebih terjaga walaupun di luar rumah. Di samping itu, isu tempat letak kenderaan tidak akan menjadi masalah kerana hanya terletak di hadapan rumah anda. Selain itu, anda juga boleh bercucuk tanam di ruang rumah anda. Bagi sebarang acara seperti kenduri ataupun apa-apa majlis, anda boleh memanfaatkan ruang yang ada untuk menyambut pihak tetamu.

Jika anda berminat untuk mendapatkan rumah landed dengan harga lelongan yang murah di lokasi yang strategik, di sini kami sediakan beberapa pilihan untuk anda. Bagi kawasan Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan rumah jenis landed ini bermula daripada lingkungan harga RM170,000 sahaja sehinggalah kepada harga RM4,500,000. Seterusnya, bagi negeri Pulau Pinang, harga rumah landed bermula daripada RM90,000 sehingga RM2,900,000. Bagi negeri Johor iaitu di kawasan Johor Bahru, harga rumah landed pula boleh didapati bermula harga RM25,000 hingga RM2,500,000 sahaja. Semua senarai harga ini boleh didapati melalui laman web Lelongtips.com malah anda boleh membuat perbandingan harga bagi negeri lain juga.




Kelebihan utama bagi jenis rumah bertingkat ini adalah harga unit yang mampu milik dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap.

Dari aspek kemudahan, fasiliti yang disediakan adalah lebih banyak bagi kemudahan peduduk mereka. Seterusnya, kebersihan kawasan persekitaran kondominium anda akan lebih terjaga. Selain itu, kebiasaannya sistem keselamatan yang ketat akan disediakan oleh pihak pengurusan seperti sistem CCTV dan juga sistem berpengawal.

Jika anda berminat untuk mendapatkan rumah bertingkat dengan harga lelongan yang murah di lokasi yang strategik, di sini kami sediakan beberapa pilihan untuk anda. Bagi kawasan Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan rumah jenis bertingkat ini bermula daripada lingkungan harga RM75,000 sahaja hinggalah kepada harga RM1,500,000. Seterusnya, bagi negeri Pulau Pinang, harga rumah bertingkat bermula daripada RM30,000 hingga RM2,700,000. Bagi negeri Johor . iaitu di kawasan Johor Bahru, harga rumah bertingkat pula boleh didapati bermula harga RM49,000 hingga RM1,600,000 sahaja. Semua senarai harga ini boleh didapati melalui laman web Lelongtips.com malah anda boleh membuat perbandingan harga bagi negeri lain juga.

Kesimpulannya, rumah landed atau bertingkat mempunyai kelebihan masing-masing. Apa yang penting, anda perlu membuat pilihan yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jangan bimbang kerana kami menyediakan pelbagai pilihan rumah yang menarik hanya untuk anda. Sila layari laman web kami di Lelongtips.com untuk mendapatkan pelbagai jenis maklumat rumah di bawah harga pasaran.

(Data as Nov 2019)

Source: Lelongtips.com

Latest Posts
  • New office tower for Sepang Municipal Council

  • UNIVERSAL SERVICED OFFICES BERKEMBANG DENGAN FASILITI KETIGA DI LABUAN

  • 东铁计划助力大马各行各业

  • PROJEK RUMAH SASAR SUNGAI BESI SIAP LEBIH 65 PERATUS - MOHAMED KHALED

  • ParkCity Group debuts Kuching's first strata-titled landed homes, priced above RM3.1mil