News & Articles Tips beli rumah lelong yang perlu anda tahu.

Tips beli rumah lelong yang perlu anda tahu.


10 Apr 2020
Tips beli rumah lelong yang perlu anda tahu.
Membeli rumah lelong boleh menjadi pembelian yang menguntungkan kerana harganya yang murah berbanding nilai pasaran semasa. Kali ini, kami akan kongsikan 4 tips membeli rumah lelong yang anda perlu tahu. Teruskan membaca!

1. Semak kelayakan dan pinjaman

Sumber: pexels.com

Bagi mereka yang ingin membeli rumah lelong melalui pembiayaan bank, semak kelayakan dan pinjaman terlebih dahulu dengan pihak bank. Bagi memudahkan lagi pihak bank untuk menyemak kelayakan anda, sila sediakan dokumen yang lengkap.

2. Beli mengikut kemampuan kewangan

Pertama, senaraikan komitmen hutang lain dan perbelanjaan yang wajib bagi setiap bulan. Seterusnya, tolak jumlah komitmen dan perbelanjaan ini daripada jumlah pendapatan anda.

Lebihan dari pendapatan ini merupakan anggaran jumlah ansuran bulanan yang anda mampu untuk bayar bagi pembiayaan rumah lelong ini nanti. Melalui anggaran jumlah ansuran bulanan ini, anda boleh merancang mengikut bajet sendiri. Apa yang menarik, kami menyediakan pelbagai pilihan hartanah lelong di seluruh negara mengikut bajet yang anda ingini!

3. Lokasi hartanah yang sesuai

Lokasi hartanah yang sesuai sebenarnya bergantung kepada keperluan bagi setiap individu.Pastikan lokasi hartanah yang dipilih bebas daripada bencana alam.Apa yang menarik, anda boleh membuat kajian kawasan kejiranan terlebih dahulu berbanding membeli rumah yang masih dalam pembinaan yang masih tidak jelas daripada segi ketahanan struktur rumah dan keadaan kawasan kejiranan.

4. Persekitaran dengan kemudahan awam yang lengkap

Sumber: pexels.com

Kawasan bandar yang sudah matang (matured township) adalah kawasan dengan persekitaran dilengkapi kemudahan yang serba lengkap seperti bank, balai polis, restoran,kedai runcit, balai bomba dan hospital. Selain itu, pusat membeli-belah juga boleh dikategorikan sebagai kawasan yang sudah matang kerana kedudukannya terletak di lokasi yang strategik berdekatan dengan lebuh raya utama atau laluan utama yang mudah diakses oleh orang ramai.

Dengan perkongsian 4 tips membeli rumah lelong ini, kami harap ia dapat membantu anda untuk mendapatkan rumah lelong. Ini merupakan sebahagian daripada tip yang dicadangankan oleh kami, namun segala pilihan semuanya terletak ditangan anda. Untuk hartanah lelongan yang lain, sila klik Lelongtips.com

Hubungi Lelongtips.com di talian 012-361 3988 untuk maklumat lanjut.

(Data as April 2020)

Source: Lelongtips.com

Latest Posts
  • ASTAKA obtains lower threshold

  • Iconic Harmony rumah mampu milik bermula RM280,000

  • SP Setia expects LakePoint Complex to attract monthly foot traffic of up to 12,000

  • Scientex sasar sedia 50,000 rumah harga patut pada 2028

  • 金群利芙蓉达城别墅 舒适时尚