News & Articles Ringgit teruskan peningkatan

Ringgit teruskan peningkatan


15 Jan 2021
Ringgit teruskan peningkatan
KUALA LUMPUR: Ringgit mengatasi penyusutan awal apabila mencecah semula paras RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan dagangan lebih berhati-hati menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed), Jerome Powell dalam satu acara dalam talian pada lewat hari ini.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.0370/0420 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0460 sewaktu ditutup pada Rabu.

Menurut laporan, Powell dijangka berkongsi lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah Fed dalam acara webinar anjuran Universiti Princeton.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata peningkatan hasil bon AS dan ucapan Powell, telah menyebabkan peserta pasaran memilih untuk berada di luar pasaran ketika harga minyak terus merosot.

"Bagaimanapun, saya berpendapat harga minyak mentah akan kembali meningkat pada minggu akan datang. Oleh itu, ringgit yang juga mata wang berkait rapat dengan minyak, akan terus menjadi pilihan walaupun berlakunya ketidaktentuan di peringkat domestik akibat lonjakan kes COVID-19," katanya kepada Bernama.

Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global susut 0.14 peratus kepada AS$55.98 setong.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan lebih mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0466/0513 daripada 3.0498/0543 semalam dan mengukuh berbanding yen kepada 3.8821/8880 daripada 3.8912/8964 sebelum ini.

Unit tempatan itu turut meningkat berbanding pound kepada 5.5105/5189 daripada 5.5313/5398 semalam, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9106/9183 daripada 4.9252/9325 sebelumnya.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • 别让天灾摧毁你的房顶!

  • Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

  • Iconic Worldwide lancar Iconic Harmony projek mewah mampu milik

  • 地震来势汹汹 抗震技术很重要

  • 70 pct of property development in Forest City sold: EXCO