News & Articles OCBC jangka kadar faedah pinjaman akan diturunkan

OCBC jangka kadar faedah pinjaman akan diturunkan


21 Jan 2021
OCBC jangka kadar faedah pinjaman akan diturunkan
KUALA LUMPUR: OCBC Bank meramalkan akan berlaku satu lagi pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada suku kedua 2021 jika momentum kenaikan ekonomi masih kurang mantap daripada jangkaan.

Pakar Ekonominya, Wellian Wiranto, berkata pemulihan ekonomi yang akan datang ini, sebahagian besarnya didorong oleh permulaan usaha vaksinasi terutamanya dalam ekonomi utama.

"Namun, kami masih lagi melihat lonjakan dalam kes-kes COVID-19 walaupun agak kurang berbanding 2020 dan kami melihat kebarangkalian pengagihan vaksin yang kurang lancar," katanya dalam satu nota hari ini.

Bank pusat mengekalkan OPR pada kadar 1.75 peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini memandangkan pemulihan yang berterusan dalam ekonomi global, walaupun risiko kelemahan masih kekal di tengah-tengah ketidaktentuan pandemik COVID-19.

Wiranto berkata, dibandingkan dengan latar belakang prospek ekonomi yang masih agak baik walaupun keadaan berubah-ubah, kemungkinan BNM tidak tergesa-gesa dalam mengurangkan kadar itu.

Beliau berkata, andaian garis dasar yang jelas tentang pengagihan vaksin yang lancar di peringkat global dan domestik serta bagaimana ini secara semulajadi mampu membawa kepada peningkatan pertumbuhan yang mantap mungkin akan diuji.

"Risiko kelemahan sedemikian memang dijangkakan dalam kenyataan berkenaan dan MPC menyediakan beberapa ruang untuk tindakan sekiranya keadaan bertukar buruk," katanya.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • New office tower for Sepang Municipal Council

  • UNIVERSAL SERVICED OFFICES BERKEMBANG DENGAN FASILITI KETIGA DI LABUAN

  • 东铁计划助力大马各行各业

  • PROJEK RUMAH SASAR SUNGAI BESI SIAP LEBIH 65 PERATUS - MOHAMED KHALED

  • ParkCity Group debuts Kuching's first strata-titled landed homes, priced above RM3.1mil