News & Articles Projek pangsapuri Skyline KL dapat sambutan hebat

Projek pangsapuri Skyline KL dapat sambutan hebat


20 Jan 2022
Projek pangsapuri Skyline KL dapat sambutan hebat
KUALA LUMPUR: Projek pangsapuri Skyline KL yang dibangunkan oleh pemaju hartanah, TSLAW Land mencapai tempahan sebanyak 90 peratus, sekali gus menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dalam bidang hartanah di pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif TSLAW Land, Law Wai Cheong, berkata sambutan terhadap Skyline KL amat menggalakkan dan pihaknya bersyukur di atas sokongan dan maklum balas positif yang diterima daripada pasaran.

Katanya, syarikat hartanah itu juga merasmikan Galeri Jualan projek berkenaan di Aras 1, Wisma IAV dan kini sudah dibuka kepada orang ramai.

"Orang ramai dialu-alukan melawat galeri jualan ini dan kami sangat gembira dengan pencapaian yang telah kami hasilkan bersama ini.

"Pembangunan berorientasikan transit ini terletak di lokasi strategik di bandar Kuala Lumpur yang dihubungkan terus ke Stesen LRT Pudu, yang memberikan akses mudah kepada hab kewangan TRX, Menara KL118 selain kedua-dua pusat membeli-belah Pavilion dan KLCC. Projek Skyline KL dijadualkan siap pada 2026.

"Projek ini adalah tarikan terbaharu kepada kesinambungan sejarah dan warisan kawasan Pudu. Bagi menghidupkan semula landskap dan suasana kawasan ini, kami membayangkan permulaan kepada penjanaan semula bandar yang progresif.

"Penghuni pangsapuri ini akan menikmati ruang yang selesa dan kondusif, membolehkan mereka terbabit secara tidak langsung di dalam usaha penambahbaikan persekitaran kawasan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Harga unit di Skyline KL bermula daripada RM360,000 dan bersaiz di antara 480 kaki persegi hingga 1,080 kaki persegi.

Projek itu mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM1.2 bilion serta mempromosikan kemewahan mampu milik di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Wai Cheong berkata, reka bentuk Skyline KL merangkumi empat menara dengan tawaran lima jenis susun atur unit kediaman yang praktikal.

"Reka bentuk unit kediaman yang digubah secara terperinci dan lokasi yang strategik serta dengan kemudahan pelbagai kemudahan semestinya menjanjikan gaya hidup yang selesa.

"Skyline KL menawarkan peluang sebenar 'kemewahan mampu milik' kepada golongan muda, tidak seperti mana-mana pembangunan kediaman yang lain di bandar raya ini," katanya.

Penguuni Skyline KL akan mendapat akses kepada lebih 50 kemudahan eksklusif yang terletak di tiga tingkat yang merangkumi dua kolam renang sepanjang 50 meter, dewan serbaguna yang menggabungkan tiga gelanggang badminton, empat dek BBQ dan pelbagai teres terbuka.

Selain itu, terdapat gim berkeluasan sekitar 4,000 kaki persegi serta laluan jogging sepanjang lebih kurang 660 meter untuk aktiviti kecergasan dan senaman.

Skyline KL juga mempunyai pelbagai ciri-ciri unik seperti Sistem Pengumpulan Sisa Sampah Automatik yang menjamin lebih keselesaan dan Sistem Perangkap Lantai 'Magdrain' di semua unit untuk mengekang bau busuk serta penularan serangga.

Berikutan wabak COVID-19, terdapat juga keperluan penting mengurangkan sentuhan pada permukaan.

Oleh itu, Skyline KL dilengkapi dengan butang panggilan lif menggunakan 'Motion Sensor Lift Call Buttons' dan Sentuhan Udara yang membenarkan penggunaan lif tanpa sentuhan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • ASTAKA obtains lower threshold

  • Iconic Harmony rumah mampu milik bermula RM280,000

  • SP Setia expects LakePoint Complex to attract monthly foot traffic of up to 12,000

  • Scientex sasar sedia 50,000 rumah harga patut pada 2028

  • 金群利芙蓉达城别墅 舒适时尚