News & Articles UEM Sunrise buka bilik pameran KAIA Heights

UEM Sunrise buka bilik pameran KAIA Heights


20 Jan 2022
UEM Sunrise buka bilik pameran KAIA Heights
SERI KEMBANGAN: UEM Sunrise Bhd merasmikan pembukaan bilik pameran KAIA Heights yang menampilkan kediaman bertingkat atas bukit eksklusif di Equine Park, dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah, berkata KAIA Heights direka untuk menginspirasikan pengalaman hidup yang ceria dengan keinginan untuk menyediakan ruang tempat kepada penduduk untuk mencari kualiti hidup yang lebih baik bagi diri serta ahli keluarga.

"Pembangunan yang berkonsep kekeluargaan ini dibina dengan pelbagai ruangan serba hijau dan kemudahan rekreasi berintegrasi yang menyediakan landasan untuk gaya hidup aktif di samping menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan kesihatan, pusat pendidikan dan ruang runcit.

"Persekitaran berkepadatan rendah ini meningkatkan nilai, kebolehdiaman dan daya tarikan KAIA Heights, menjadikan KAIA Heights sesuai untuk pembeli rumah kali pertama, pembeli yang ingin menaiktaraf serta pasangan yang berkeluarga muda," katanya ketika sesi taklimat media di sini, hari ini.

Terletak di puncak bukit yang dikelilingi Persiaran Equine Perdana dan Jalan Equine, setiap unit dalam pembangunan 7.79 hektar menawarkan pemandangan tanpa halangan menghadap sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Jalil atau Hutan Simpan Ayer Hitam.

Dikelilingi oleh kehijauan semula jadi, KAIA Heights menyediakan lapangan alam semula jadi yang terpelihara seluas 2.4 hektar dan landskap berukuran 3.24 hektar serta kemudahan yang memenuhi keperluan keluarga pelbagai generasi yang ingin mencari ketenangan hidup.

Terhad kepada 10 unit setiap tingkat, KAIA Heights yang berkepadatan rendah dibina dalam dua fasa pembangunan, dengan setiap fasa terdiri daripada dua menara, menempatkan sekitar 30 tingkat bagi setiap unit.

Dengan harga permulaan RM567,800, purata keluasan untuk setiap unit adalah antara 972 hingga 1,437 kaki persegi bagi fasa pertama, menyaksikan beberapa unit dilengkapi ruang tambahan yang boleh diubah suai kepada pejabat rumah, gim mini atau kawasan permainan kanak-kanak.

KAIA Heights juga berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Bukit Jalil, serta jarak hanya sejauh 1.6 kilometer dengan kereta ke stesen MRT Taman Equine yang bakal dibangunkan kelak.

Penduduk juga memiliki untuk membeli-belah di AEON Mall Taman Equine atau Giant Seri Kembangan, selain berdekatan sekolah antarabangsa seperti Alice Smith dan Rafflesia International School.

Fasa pertama KAIA Heights dijangka siap pada suku pertama 2025 dengan pembangunan secara keseluruhannya akan menempatkan sekitar 924 unit dengan purata 48 unit setiap ekar.

Walaupun terletak di atas puncak bukit yang eksklusif, pembinaan akan dilaksanakan dengan mematuhi piawaian keselamatan yang paling ketat, mengekalkan paras tanah tinggi dan pelepasan sekurang-kurangnya 14 meter dalam garisan anjakan bangunan.

KAIA Heights kini mendapat pensijilan perak Green-RE selepas ia menggunakan bahan tidak bertoksik, beretika dan mampan serta menggunakan air hujan untuk pengairan.

Pembangunan itu juga memulihara hampir 40 peratus daripada perhutanan di sekitar kawasan, menggunakan kompos yang dikitar semula daripada sisa hortikultur, dan direka bentuk tanpa telaga udara untuk pengudaraan yang lebih baik.

UEM Sunrise turut bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menanam pelbagai spesies pokok yang menjadi tumbuhan asli di persekitaran Hutan Simpan Ayer Hitam.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Ewein buys land linked to a major shareholder for RM26mil

  • UNTUNG BERSIH SCIENTEX MELONJAK 32.7 PERATUS KEPADA RM141.01 JUTA BAGI SUKU KEDUA

  • 大马绿色建筑供应不足成挑战

  • Glomac’s 3Q net profit surges on higher property development revenue

  • Pameran hartanah MAPEX Selangor kembali bulan depan