News & Articles Kempen Hidup Harmoni rai ulang tahun ke-50 Naza TTDI

Kempen Hidup Harmoni rai ulang tahun ke-50 Naza TTDI


2 Feb 2023
Kempen Hidup Harmoni rai ulang tahun ke-50 Naza TTDI
KUALA LUMPUR: Naza TTDI Development Sdn Bhd melancarkan Kempen Hidup Harmoni sempena sambutan ulang tahun ke-50 pada tahun ini bagi menghargai pelanggan dan pemegang saham projek hartanah yang dibangunkannya.

Dalam tempoh 50 tahun menjadi pemaju hartanah dalam segmen komersial dan perumahan, Naza TTDI berjaya menjual 25,000 unit pelbagai segmen hartanah.

Justeru, Naza TTDI terus fokus untuk membangunkan lebih banyak projek hartanah pada masa depan yang membawa kepada kualiti dalam kehidupan masyarakat serta menghubungkan konsep gaya hidup merangkumi komponen 'Live, Work, Learn & Play'.

Menerusi sambutan ulang tahun berkenaan, syarikat hartanah itu merancang pelbagai aktiviti dalam tempoh enam bulan antaranya mengumumkan tiga siri cabutan bertuah untuk pembeli projek hartanahnya.

Siri cabutan bertuah itu diadakan pada Mei, Jun dan cabutan utama pada Ogos tahun ini memberi peluang kepada bakal pembeli untuk merebut hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah kereta Mercedes Benz EQA 250 dan Suzuki Swift Sport.

Cabutan bertuah itu membabitkan beberapa projek terpilih seperti MET1 Residences, Sentralis Sovo, Plaza TTDI, TTDI Ascencia, Trio Permai (Soho), Trio Permai (kedai), Trio Permai (runcit) dan TTDI Za'aba.

Pengerusi Naza TTDI, Datuk Jasmy Ismail, berkata sambutan ulang tahun itu amat bermakna kepada syarikat memandangkan terdapat pelbagai peluang dan cabaran yang pernah dilalui.

Bagaimanapun katanya, Naza TTDI terus dapat menyiapkan projek unit kediaman dan komersial yang mempunyai nilai, inovasi dan kualiti tinggi.

"Mencipta jenama sejak 1973, NAZA TTDI menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan komuniti utama di Lembah Klang menerusi pembangunan dan projek yang dilaksanakannya," katanya pada majlis sambutan ulang tahun itu malam tadi.

Dalam majlis berkenaan, Naza TTDI turut memperkenalkan logo dan tema syarikatnya, kehidupan harmoni yang mencerminkan kualiti, keseimbangan, komuniti dan kelestarian.

Jelasnya lagi, lebih menarik pastinya syarikat berkenaan mencapai pelbagai kejayaan termasuk membangunkan projek perbandaran berskala besar dan mampu menjadi mercu projek hartanah seperti TTDI, TTDI Alam Impian Platinum Park serta Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • 别让天灾摧毁你的房顶!

  • Prime residential, KL city submarket expected to stay dynamic: JLL Malaysia

  • Iconic Worldwide lancar Iconic Harmony projek mewah mampu milik

  • 地震来势汹汹 抗震技术很重要

  • 70 pct of property development in Forest City sold: EXCO