2021-02-23

UDA akan bangunkan pusat perniagaan di tanah milik koperasi

UDA akan bangunkan pusat perniagaan di tanah milik koperasi



JELEBU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Bhd (UDA) akan memajukan tanah milik koperasi di seluruh negara bagi projek pembangunan termasuk membina pusat perniagaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata UDA sudah diminta mengenal pasti tanah yang bersesuaian bagi membina pusat perniagaan dalam usaha meningkatkan sosio-ekonomi Bumiputera dalam perniagaan terutama di kawasan bandar.


Sebagai permulaan UDA akan membina pusat perniagaan dua tingkat di Kuala Klawang di tapak seluas 0.1 hektar milik Koperasi Kakitangan Kerajaan Daerah Jelebu.

"Pembangunan tanah milik koperasi seperti ini membolehkan kita melahirkan lebih ramai usahawan dan seterusnya mencapai matlamat wawasan keusahawanan negara menjelang 2030," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan kedai dua tingkat di Kuala Klawang hari ini.

Hadir sama Pengerusi UDA, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Ketua Pegawai Operasi UDA, Mohd Salem Kailany dan Ketua Setiausaha MEDAC Datuk Suriani Ahmad.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek seperti di Kuala Klawang itu berpotensi membantu menaikkan harga hartanah dalam beberapa tahun akan datang sekali gus meningkatkan nilai pemilikan ekuiti.



Source: Bharian.com.my

Prev. Article Next Article