2021-04-14

Tender projek MRT3 dijangka Ogos depan

Tender projek MRT3 dijangka Ogos depan



KUALA LUMPUR: Mass Rapit Transport Cord Sdn. Bhd. (MRT Corp) meramal untuk menjadualkan tender projek Mass Rapid Transit Line 3 (MRT 3) pada Ogos, tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, pihaknya telah mengemukakan permintaan informasi (RFI) kepada pemain industri susulan perancangannya untuk mengubah kaedah pembinaan dan ingin mendorong perkembangan teknologi tempatan.

“Projek itu menekankan pembuatan pembinaan seperti sistem bangunan berindustri (IBS) agar kontraktor mahir dalam pemodelan maklumat bangunan (BIM) yang akan segerakan seluruh data projek pembinaan itu.

“Kemungkinan, peserta harus menguasai dua kaedah itu untuk menyertai proses tender,” katanya semasa taklimat me­ngenai projek itu di sini, semalam.

Ujarnya, cara itu boleh menggalakkan pemgambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing kerana pembuatan pembinaan akan menghasilkan persekitaran yang lebih kondusif di kilang berbanding di tapak pembinaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Zarif menjelaskan, pihaknya juga sedang mencari pemaju tempatan sistem elektrik dan digital kereta api untuk mengendalikan kenderaan itu.

Tanpa memberitahu format tender yang tepat, beliau berkata, projek MRT3 itu akan menawarkan jenis pemberian tender yang berbeza berbanding format perolehan yang dilakukan pada masa lalu.

Katanya, ia bukan hanya pembinaan, tetapi ia merupakan transformasi dan perubahan pengurusan program yang besar.

Dalam pada itu, MRT Corp enggan mengulas lanjut tentang kos projek tersebut namun katanya, anggaran kos yang dilaporkan oleh media baru-baru ini iaitu sekitar RM20 bilion hingga RM30 bilion itu hampir betul.

Sementara itu, Mohd. Zarif menjelaskan, dari segi dana, pihak kerajaan komited untuk menyokong projek MRT3 itu.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, syarikat pemaju kereta api itu sedang mempertimbangkan pembiayaan swasta sekitar 10 peratus ke 30 peratus sama ada daripada mana-mana pemain industri atau dari syarikat itu sendiri untuk mengurangkan beban kerajaan.

Laluan tentatif untuk KTM3 mempunyai laluan berbentuk bulat sepanjang 50km merangkumi 30 atau lebih stesen di sekitar Kuala Lumpur dengan 40 peratus daripada laluan itu berada di bawah tanah.

Projek tersebut dijangka akan dibangunkan dalam lima fasa di 10 stesen pertukaran. Itu akan membolehkan setiap fasa antara dua stesen pertukaran boleh memulakan operasi secara sendiri.

Projek besar itu dijangka akan siap dalam tempoh 10 tahun berbanding tujuh tahun untuk projek-projek MRT sebelum ini. – UTUSAN



Source: Utusan.com.my

Prev. Article Next Article