2021-04-30

SMH Rail sedia penyelesaian kereta api global termaju

SMH Rail sedia penyelesaian kereta api global termaju



Kuala Lumpur: SMH Rail, syarikat tempatan terbesar dalam pengeluaran dan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan,pembaikan dan baik pulih (MRO), turut memberikan penyelesaian kejuruteraan kereta api kepada lebih 20 negara.

SMH Rail yang sudah berusia lebih dua dekad, kini tidak hanya memiliki pengalaman mendalam mengenai industri dan menyediakan penyelesaian bersepadu malah turut berperanan besar dalam pasaran saham kereta api negara.

Ini termasuk penyediaan kereta api elektrik canggih tanpa pemandu bagi Tren Aliran Transit Massa 1 (MRT 1) (Sungai Buloh – Kajang) sepanjang 51 kilometer (km) yang disempurnakan mengikut jadual dan belanjawan serta MRT 2 (Sungai Buloh– Serdang – Putrajaya) sepanjang 57.7km yang kini dalam pembinaan.

Sehingga kini, SMH Rail sudah menghantar lebih 376 kereta metro beroperasi dengan jaya.

Malah syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaran dengan kos efektif bagi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana, sekali gus meningkatkan hayat kereta api mereka.

Sejak lebih dua dekad lalu, SMH Rail mengambil langkah signifikan dengan meneroka pasaran antarabangsa termasuk di Asean, Eropah, Afrika dan India.

Ia termasuk pembabitannya dalam projek lokomotif diesel-elektrik untuk Afrika yang dibiayai oleh Bank Dunia serta mereka dan membina gerabak rel khas untuk sebuah syarikat Jerman, Kirow.

Pada masa sama, SMH Rail turut memodenkan kereta api milik SMRT Singapura selain membina trak kereta api (bogie) dan roda serta gandar bagi kereta api elektrik berkelajuan tinggi untuk India.

SMH Rail sehingga kini melabur lebih RM150 juta bagi mewujudkan kemudahan pembuatan tren elektrik yang diperakui antarabangsa.

Pelaburan itu juga bagi pembinaan kilang pembuatan lokomotif dan gerabak barangan canggih di Malaysia dilengkapi peralatan kimpalan robotik serta ujian berkomputer.

Membanggakan apabila Ia menjadi satu-satunya kemudahan di Asia Tenggara yang menerima akreditasi daripada Association of American Railroads (AAR), selain menjadi satu-satunya mempunyai fasiliti landasan ujian kereta api multigauge sepanjang 1km milik swasta di negara ini.

Kemudahan canggih ini memperkuat aspirasi syarikat menerajui pembangunan ekosistem yang lestari, sekali gus menjadikan negara sebagai pusat hab pembuatan kereta api serantau.

Syarikat ini juga berbangga memiliki lebih 1,000 jurutera dan juruteknik berbakat. Menariknya, kepakaran tempatan ini turut dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan pendahulu industri, termasuk Genera lElectric, Siemens, Amsted dan T hales.

SMH Rail juga berjaya membangunkan kemahiran kejuruteraan tempatan berkualiti bersama lebih 60 perusahaan kecil sederhana (PKS), secara tidak langsung membolehkan syarikat ini meningkatkan pengalamannya bagi menceburi pasaran global.

Pada masa sama, ia mengeluar dan membekalkan kereta api dan komponennya kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kini, dengan jalinan kerjasama rakan usaha sama dari Eropah, SMH Rail turut membangunkan rekaan kejuruteraan yang disahkan pada peringkat antarabangsa membabitkan kereta api elektrik, gerabak dan penggerak penumpang automatik atau automated people mover (APM) bagi lapangan terbang.

Dalam konteks ini, SMH Rail sudah membida projek strategikdi Malaysia, termasuk tren elektrik ETS3 dengan rekaan kelajuan 160km setiap jam dan APM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia juga bersedia menawarkan penyelesaian bagi projek kereta api pada masa depan, selaras agenda kerajaan bagi membangunkan industri kereta api tempatan.

SMH Rail menyifatkan kejayaan ini disumbangkan sokongan polisi kerajaan dan hubungan strategik dengan institusi tempatan.

Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Technology Depository Agency (TDA), Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) serta Perbadanan Industri Kereta Api Malaysia (MARIC) memainkan peranan penting dalam memastikan adanya pindahan teknologi daripada pemain industri global.

Selain itu katanya, pihak berkepentingan utama, termasuk KTMB, Prasarana dan MRT Corporation juga membantu dalam pembangunan industri tempatan.

Tumpuan yang semakin meningkat terhadap pengangkutan awam yang berkesan dan perhubungan pengangkutan akan menawarkan peluang yang besar buat pemain industri tempatan.

Ini penting bagi membolehkan mereka menyumbang dan meningkatkan permintaan terhadap industri kereta api domestik dan global.

SMH Rail berbangga dengan kecanggihan penyelesaian kejuruteraannya dan bersedia memacu kejayaan industri kereta api tempatan pada masa hadapan.



Source: Bharian.com.my

Prev. Article Next Article