2022-09-15

Pasaran hartanah meningkat 30 peratus berbanding tahun lalu

Pasaran hartanah meningkat 30 peratus berbanding tahun lalu



PUTRAJAYA – Pasaran hartanah tempatan menunjukkan peningkatan lebih 30 peratus daripada segi bilangan dan nilai berbanding tempoh sama tahun lalu dengan L

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, ia melibatkan semua subsektor hartanah seperti kediaman, perdagangan, industri, pertanian dan tanah pembangunan yang mencatat peningkatan aktiviti transaksi.

Katanya, subsektor kediaman terus memacu pasaran dengan menguasai lebih 60 peratus daripada bilangan keseluruhan transaksi iaitu hampir 54 peratus daripada keseluruhan nilai transaksi.

“Subsektor pertanian dengan syer hampir 22.1 peratus daripada segi bilangan manakala subsektor perdagangan di tempat kedua dengan syer 16.6 peratus daripada segi nilai transaksi

“Segmen pelancaran kediaman baharu menyaksikan lebih 10,000 unit baharu dilancarkan pada tempoh kajian, berbanding lebih 31,000 unit tahun lepas dan prestasi jualan purata negara adalah pada kadar 20.3 peratus,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama Tahun 2022 anjuran Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di INSPEN hari ini.

Mohd Shahar berkata, segmen pelancaran kediaman baharu masih memperlihatkan sentimen berhati-hati walaupun aktiviti pasaran melihat trend yang positif.

Bagi segmen tidak terjual siap dibina (Overhang) katanya, lebih 34,000 ribu unit kediaman bernilai RM21.7 bilion direkodkan dalam separuh pertama tahun ini dengan Johor merupakan negeri mencatatkan jumlah tertinggi.

Katanya, situasi itu bertambah baik dengan penurunan marginal bilangan dan nilai setiap satu pada 7.5 peratus dan 4.6 peratus berbanding separuh kedua tahun 2021.

“Hampir 60 peratus daripada overhang adalah hartanah kondominium atau pangsapuri manakala daripada segi lingkungan harga kira-kira 43 peratus berharga lebih daripada RM500 ribu seunit.

“Johor kekal dengan bilangan kediaman overhang tertinggi dalam negara dengan merekodkan lebih 6,000 unit overhang bernilai RM4.7 bilion, menyumbang lebih 17 peratus dan 21 peratus setiap satu daripada bilangan dan nilai overhang negara,” katanya.



Source: Kosmo.com.my

Prev. Article Next Article